Mari Bermain dan Belajar Bersama Ally
Back | View Speaker's profile here | View Synopsis here |

Mdm Norlin Samat
Puan Norlin Samat
Penulis
Poppet’s World Pte. Ltd
Profil
Norlin Samat merupakan pengasas Poppet’s World, sebuah syarikat perkhidmatan pendidikan dan penerbitan buku. Beliau seorang pendidik yang berazam tinggi dan juga penulis buku-buku dwibahasa bersiri Pengembaraan Ally untuk kanak-kanak berusia antara 4-7 tahun. Melalui Poppet, Norlin membantu penulis-penulis lain mengkonsepsikan dan menerbitkan buku kanak-kanak mereka. Beliau juga menyediakan pelbagai program kepada institusi-institusi pendidikan. Program-program pendidikan ini dikhususkan untuk kanak-kanak, ibu bapa dan pendidik-pendidik. Norlin memahami pentingnya menjadikan pembelajaran menyeronokkan dan menghiburkan. Prinsip inilah yang mendasari kerja seharian beliau. Selain seorang mantan guru sekolah rendah, Norlin mempunyai Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah dan Ijazah Sarjana dalam Pengajian Bahasa.
Profile
Norlin Samat is the founder of Poppet’s World, an educational services and book publishing company. She is a passionate educator and the writer of the Ally’s Adventures bilingual book series for children aged 4 – 7 years. Through Poppet, Norlin helps other writers conceptualise and publish their children’s books, and provides various institutions in Singapore with educational programmes targeted at young children, parents and educators. Norlin understands the importance of making learning enjoyable and fun. This guides her in her work. An ex-primary school teacher, Norlin has a Post-graduate Diploma in Education and an MA in Language Studies.
Sinopsis
Mari Bermain dan Belajar Bersama Ally ialah sebuah program dwibahasa yang bertujuan menyediakan pengalaman pembelajaran bahasa ibunda yang positif dan menyeronokkan untuk kanak-kanak. Program ini berdasarkan sebuah buku bersiri jenis buku papan dan berkulit keras. Tajuk-tajuk ini dikhususkan untuk kanak-kanak dalam golongan pra-membaca atau pembaca awal. Buku ini memaparkan Ally, seekor kucing betina kecil tempatan dan pengalamannya di tempat-tempat di Singapura yang biasa dikunjungi kanak-kanak. Ayuh, ibu bapa! Sertai Ally dalam salah satu pengembaraannya melalui program ibu bapa dan anak-anak ini. Mari sertai aktiviti bernyanyi, sesi cerita interaktif, aktiviti amali dan belajar perkataan-perkataan baharu dalam bahasa Melayu dan Inggeris bersama-sama si kecil.
Synopsis
“Let’s Play and Learn with Ally” is a bilingual programme that aims to build positive MTL learning experiences for young children in a safe and fun environment. It is based on a bilingual board and hardcover book series for pre- and early readers, featuring Ally – a local little girl-cat – as she goes about familiar activities around Singapore. Come on, parents! Join Ally on one of her adventures in this parent-child programme. Let’s sing some songs, participate in interactive story reading, engage in hands-on activities and learn new words in English and Malay together with our little ones!