Nur Nazhiifah Binte Norazmi
Anugerah Guru Prasekolah Bahasa Ibunda Cemerlang (Anugerah Cemerlang)
Petikan Guru
Saya mengambil peluang untuk mendedahkan aspek adab, budaya, nilai dan tradisi Melayu kepada kanak-kanak semasa merancang pembelajaran dan program Bahasa Melayu. Dengan usaha berterusan ini serta sokongan daripada ibu bapa, saya berharap kanak-kanak dapat menghargai identiti mereka sebagai anak Melayu dan menjadi duta bagi bahasa serta budaya Melayu.
Mengenai Pemenang
Cikgu Nur Nazhiifah menunjukkan keupayaannya dalam merancang dan melaksanakan pengalaman pembelajaran yang bermakna, menarik dan menyeronokkan untuk kanak-kanak.
Beliau menggunakan pemahaman beliau tentang kanak-kanak sebagai pelajar aktif dengan memastikan kanak-kanak terlibat dalam aktiviti yang menggunakan pergerakan yang sesuai dan pembelajaran berasaskan pengalaman. Beliau juga dapat menyatakan rasional beliau mempelbagaikan pengajaran beliau. Sebagai contoh, apabila ditanya, beliau dapat menjelaskan sebab beliau mencipta hidangan Hari Raya dengan menggunakan doh dan bahan lain, bukan menghidangkan makanan sebenar.
Semasa pencerapan pelajaran, para penilai kagum dengan keterampilan beliau yang yakin, tenang, dan mesra namun tegas ketika berinteraksi dengan kanak-kanak. Beliau berupaya untuk mengembangkan maklum balas kanak-kanak dengan memberikan respons yang bermakna. Di samping itu, beliau sentiasa memberikan pujian dan membetulkan salah laku murid-muridnya secara lembut dan positif.
Cikgu Nur Nazhiifah ialah seorang pendidik yang sentiasa melakukan usaha untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan di dalam kelas.
Di samping itu, beliau telah memulakan program yang memupuk kesedaran budaya dalam Jabatan Bahasa Melayu di pusat beliau dan meluaskan perkongsian program tersebut dengan Jabatan Bahasa Cina dan Tamil. Bagi menyokong usaha beliau itu, Tadika MOE @ Wellington telah mengongsikan program yang mendapat sambutan baik ini dengan Tadika MOE yang lain di Singapura.
Quote
I take the opportunity to expose Malay culture, traditions and values to the children during lessons and programme planning. Through these continuous efforts and support from parents, I hope children will appreciate their identity as a Malay and they will grow up to be ambassadors for the language and culture.
Write-up
Madam Nur Nazhiifah demonstrates remarkable ability in planning and implementing meaningful, engaging, and fun learning experiences for children. She applies her understanding of children as active learners by ensuring that the children engage in activities that would involve appropriate movements and experiential learning. She is also able to articulate her rationale for the various aspects of her planning. For example, when asked, she was able to explain her reason for creating the Hari Raya dishes using dough and other materials, instead of serving the real food items.
During lesson observation, the judges were impressed by her confidence and calm demeanour, as well as her warm yet firm ways when interacting with the children. She builds on the children’s input by providing meaningful responses. In addition, Madam Nur Nazhiifah is generous with her praises and corrects misbehaviours in a gentle and positive manner.
Madam Nur Nazhiifah is an educator who goes beyond providing excellent learning experiences in class. She initiated a successful programme that promotes cultural awareness for the Malay language Department and expanded the programme to include Chinese and Tamil language departments in her centre. The centre shared the well-received programme to other MOE Kindergartens in Singapore.