Mr Haniman Boniran

Mr Haniman Boniran
Wildlife Reserves Singapore
Manager, Education
Profil
Encik Haniman Boniran ialah Pengurus Pendidikan di Wildlife Reserves Singapore (WRS). Minat beliau dalam pendidikan alam berputik semasa menjadi sukarelawan di Taman Haiwan Singapura pada tahun 2001. Sejak sedekad yang lalu, beliau menceburi bidang pendidikan yang merangkumi pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan Bahasa Melayu dan pengendalian bengkel dalam Bahasa Melayu untuk guru prasekolah sebagai sebahagian daripada pembelajaran pengalaman autentik yang ditawarkan di WRS. Beliau juga bekerjasama dengan para pendidik untuk menghasilkan strategi-strategi pengajaran yang baik bagi memperkukuh penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat muda Singapura. Encik Haniman yang gemar berinteraksi bersama ibu bapa dan masyarakat juga telah diiktiraf sebagai seorang pendidik bagi orang dewasa oleh Institut Pembelajaran Dewasa (IAL).
Sinopsis
Ayuh, Teroka Taman Haiwan Singapura…Melalui Alam Siber!
Dengan perkembangan teknologi, pembelajaran bahasa ibunda boleh menjadi lebih mudah dan seronok dengan kaedah pembelajaran teradun.
Melalui sesi perkongsian (webinar) ini, peserta dapat belajar cara menggunakan topik-topik tentang haiwan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Peserta akan dibawa ke alam maya Taman Haiwan Singapura untuk berjumpa dengan duta haiwan. Penggunaan gambar, video dan buku audio yang telah direka khas Taman Haiwan Singapura diharap dapat menarik perhatian peserta, khususnya kanak-kanak. Peserta juga akan didedahkan kepada konsep pendidikan berpusatkan kanak-kanak bagi mencungkil sifat ingin tahu mereka.
Pengajaran dan pembelajaran ini boleh diterapkan di dalam dan di luar bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran secara autentik ini dapat membina kemahiran asas bahasa dan literasi yang terdapat dalam Rangka Kerja Bahasa Ibunda MOE dan ECDA.
Profile
Mr Haniman Boniran is an Education Manager with Wildlife Reserves Singapore (WRS). He is a certified Institute of Adult Learning adult educator who enjoys interacting with parents and partners from the community. His involvement in environmental education started when he was a school volunteer at the Singapore Zoo in 2001. Over the last decade, he has branched into early childhood education, language-based education and teacher training through developing the authentic learning experiences offered at WRS. Mr Haniman has conducted workshops, co-created resources and organised in-park educational programmes for teachers and students while partnering with schools and language-based practitioners.
Synopsis
Let’s Explore Singapore Zoo... through Cyberspace!
With the advancement of technology, the learning of Mother Tongue Languages can be enhanced by blended learning strategies that are both fun and simple. This webinar aims to share animal-inspired teaching strategies to enhance literacy in the Malay language. Participants will be taken virtually into the immersive environment of Singapore Zoo to meet our animal ambassadors. Using photographs, videos and audiobooks specially curated by Singapore Zoo, we will tap on children’s interest in animals and their sense of curiosity through loose parts play, creative expressions and thinking routines. The child-centric activities covered in this webinar are applicable at home, in the classroom and outdoors. These authentic learning opportunities include speaking, listening and responding in the Malay Language and features of the ECDA and MOE’s Mother Tongue Language Frameworks.