Noraini Binte Abu Bakar
Anugerah Guru Prasekolah Bahasa Ibunda Cemerlang (Anugerah Cemerlang)
Petikan Guru
Saya percaya inti pati bagi pengalaman pembelajaran yang bermakna lagi menyeronokkan untuk kanak-kanak adalah dengan menghidupkan persekitaran pembelajaran yang autentik serta interaktif.
Melalui sokongan serta jalinan kerjasama yang kukuh antara sekolah dan ibu bapa, pengalaman pembelajaran kanak-kanak akan dapat diperkukuh.
Mengenai Pemenang
Cikgu Noraini merupakan seorang guru yang sentiasa mempamerkan sikap yang tenang dan yakin. Beliau juga mempunyai pemahaman yang jelas tentang Prinsip iTEACH dan dapat mengaplikasikan prinsip iTEACH dengan berkesan dalam pengajaran beliau.
Cikgu Noraini peka akan profil dan keupayaan kanak-kanak yang diajarnya. Beliau telah merancang pengajaran-pengajaran yang menggalakkan pelibatan aktif kanak-kanak dan guru. Sebagai seorang pengamal yang reflektif, beliau menggunakan fleksibiliti untuk memenuhi keperluan pembelajaran kanak-kanak yang berbeza-beza. Beliau melakukan penyesuaian dalam pedagogi agar dapat selaras dengan profil dan kesediaan kanak-kanak untuk mencapai objektif pelajaran. Beliau juga menyediakan pelbagai peluang yang bermakna untuk kanak-kanak membuat pilihan yang kreatif semasa bekerja secara berkumpulan. Ini menunjukkan kepercayaan dan prinsip beliau dalam menghormati pandangan kanak-kanak serta mengambil kira minat mereka dalam pembelajaran.
Cikgu Noraini merupakan seorang guru contoh yang berjaya untuk membawa elemen kejutan ke dalam bilik darjah. Beliau juga berjaya menerapkan kemahiran silang budaya dengan memaparkan aspek budaya kumpulan etnik yang berbeza. Hal ini menjadikan pembelajaran bahasa menyeronokkan, mengujakan dan hidup.
Quote
I believe the essence to a meaningful and joyful learning experience for children lies in a learning environment that are authentic and interactive. With support from parents and strong family-school partnership, the learning experience for children can be further strengthened.
Write-up
Ms. Noraini is a calm and confident teacher who has clear understanding of the iTEACH Principle. She was able to apply the iTEACH principles in a seamless and efficient manner during her lesson implementation.
Ms. Noraini understands the children’s profile and capabilities and had planned lessons which promote active teacher-child engagement. As a reflective practitioner, Ms. Noraini exercises flexibility to suit the children’s needs. She adjusted her lesson strategies based on the children’s profile and readiness in order to achieve the learning objectives. There were also rich and purposeful opportunities for the children to make creative choices while working in their groups. This demonstrates Ms. Noraini’s beliefs and values on respecting children’s voices and interest in learning.
Ms. Noraini is a model teacher who brings in surprise element into the classroom. Ms. Noraini also brings in the cultural aspect of different ethnic group thus making the learning of language fun, exciting and alive.