Sesi Bercerita bersama Taman Haiwan Singapura
Back | View Speaker's profile here | View Synopsis here |

Mr Haniman Boniran
Encik Haniman Boniran
Pengurus Kanan Bahagian Pendidikan
Mandai Wildlife Group (MWG)
Profil
Encik Haniman Boniran ialah seorang pengurus kanan bahagian pendidikan di Mandai Wildlife Group (MWG). Minat beliau dalam pendidikan alam berputik semasa bersukarelawan di Taman Haiwan Singapura pada tahun 2001. Selang sedekad beliau menceburi bidang pendidikan yang merangkumi pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan bahasa Melayu serta pengendalian bengkel bahasa Melayu bagi guru prasekolah dan sekolah rendah. Beliau juga bekerjasama dengan para pendidik untuk menghasilkan strategi terbaik bagi memperkukuhkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat muda Melayu Islam Singapura. Encik Haniman juga ialah seorang penaksir pembelajaran dewasa yang diiktirafkan oleh Institut Pembelajaran Dewasa (IAL) dan penerima anugerah Skim Pembangunan Bakat Penterjemahan anjuran Kemeterian Perhubungan dan Penerangan (MCI).
Profile
Mr Haniman Boniran is a Senior Manager of the Education department with Mandai Wildlife Group (MWG). His involvement in environmental education began as a school volunteer at the Singapore Zoo in 2001. Over the last decade, he has diversified to include early childhood education, language-based education and teacher training as part of the authentic learning experiences offered at Mandai. Partnering with schools and language-based practitioners, he conducts workshops, co-creates resources and organises in-park educational programmes for teachers and students. Mr Haniman is a certified IAL adult educator and a recipient of the Translation Talent Development Scheme (TTDS) offered by the Ministry of Communications and Information (MCI).
Sinopsis
Taman Haiwan Singapura menghasilkan berbagai cerita haiwan yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan kemahiran literasi kanak-kanak. Buku tanpa dialog berkenaan tenggiling ialah satu contoh cerita haiwan unik yang dihasilkan untuk tujuan ini. Bengkel interaktif ini akan menggunakan kaedah buku tanpa dialog untuk memperluaskan daya kreativiti kanak-kanak dan sekaligus memperkayakan kosa kata mereka. Para ibu bapa dan guru akan diperlengkapkan dengan panduan aktiviti yang mendorong mereka untuk memperkasakan kanak-kanak prasekolah untuk menjadi pencerita yang berbakat.
Synopsis
Singapore Zoo offers unique animal stories that can be utilised to improve children’s literacy skills. One such story is about a rescued pangolin as told through a wordless book. In this interactive workshop, we will use the wordless book to explore various ways to tell stories so as to enrich vocabulary and promote creativity in young children. We will also share an activity guide for teachers and parents to empower preschoolers to become imaginative storytellers.