Mdm Siti Hasniza Binte Hassan
Back

Anugerah Guru Prasekolah Bahasa Ibunda Cemerlang (Anugerah Cemerlang)

Petikan Guru

Sebagai pendidik Bahasa Melayu, saya sentiasa berusaha untuk memupuk perasaan cinta akan bahasa Ibunda dalam diri kanak-kanak. Saya percaya bahawa amalan dwibahasa dalam kelas Bahasa Melayu dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak bertutur dalam bahasa Melayu terutama bagi mereka yang kurang terdedah kepada bahasa ini. Saya juga menerapkan unsur-unsur bahasa dan budaya termasuklah estetika bahasa melalui pantun, cerita rakyat dan lagu ketika menjalankan pelajaran untuk kanak-kanak di bawah bimbingan saya. Selain menyuntik keseronokan, aktiviti-aktiviti yang dijalankan akan menerapkan nilai murni agar dapat membangunkan sahsiah kanak-kanak untuk menjadi seorang insan yang berhemah tinggi.

Mengenai Pemenang

Cikgu Siti Hasniza ialah seorang guru yang mempunyai penguasaan bahasa Melayu yang baik dan dapat menyampaikan pelajaran yang telah dirancang dengan lancar. Di samping itu, beliau berusaha untuk menjadikan pembelajaran bahasa Melayu relevan dengan membuat kaitan antara pembelajaran kanak-kanak dengan pengalaman seharian mereka. Usaha ini telah membuahkan hasil apabila kanak-kanak bawah bimbingannya dapat mengingat dan menceritakan tentang makanan tradisional yang telah dipelajari. Hal ini membuktikan bahawa kanak-kanak tersebut menikmati pengajaran beliau yang menyediakan pengalaman pembelajaran yang autentik melalui aktiviti-aktiviti amali. Beliau juga meluaskan pemahaman kanak-kanak melalui interaksi yang berkualiti dan memberikan peluang untuk mereka bertanya jawab dengan menyediakan masa yang mencukupi.

Cikgu Siti Hasniza bukan sahaja guru Bahasa Melayu yang bersemangat dalam penyemaian bahasa dan budaya Melayu, malah beliau juga merupakan pencinta budaya yang boleh dijadikan suri teladan. Makanan tradisional Melayu yang dikenalkan kepada kanak-kanak ialah sesuatu yang melangkau pengetahuan mereka. Namun, dengan penggunaan bahan pengajaran dan alat bantuan visual yang dihasilkan oleh Cikgu Siti Hasminza, kanak-kanak diberikan perancahan serta sokongan ketika melalui proses penyediaan makanan tersebut. Selain itu, beliau juga meluaskan kosa kata kanak-kanak dengan mengenalkan perkataan yang berkaitan dengan aspek budaya seperti nama perkakas tradisional Melayu dan kegunaan perkakas itu. Cikgu Siti Hasniza memanfaatkan peluang yang ada untuk mengembangkan kreativiti kanak-kanak dengan membincangkan cara yang lebih mudah untuk membuat makanan yang diperkenalkan.

Cikgu Siti Hasniza dengan jelas membuktikan bahawa beliau seorang guru prasekolah yang unggul.

Quote

As a Malay language educator, I strive to cultivate a love for the language among my students and believe in building the children’s confidence in speaking the Malay language. I also infuse my lessons with Malay culture, including language aesthetics like pantun, Malay folktakes and songs, as these interesting activities also inculcate positive values of good character in the children.

Write-up

Mdm Siti Hasniza puts in efforts to draw connections between the content of her lessons and children’s everyday experiences. A strong testament to her abilities in providing authentic yet enjoyable learning experiences through various hands-on activities was when her children were able to recall and talk about the traditional Malay food that was taught earlier. By providing sufficient time and space for quality interaction, she is also able to extend the children’s understanding on the topics that are of interest to her children.

Mdm Siti Hasniza is an exemplary culture transmitter who is passionate in instilling the love of the Malay language and culture in her children. Although some of the topics related to Malay culture may be challenging for young children, Mdm Siti provides support and scaffolding through the use of appropriate self-made learning resources and visual aids. She also harnesses opportunities in class to nurture her children’s creativity by discussing about alternative ways to cook traditional Malay food.

Mdm Siti Hasniza truly is a passionate language teacher who seeks to stretch the children’s horizons.